Pada 16 September 2011, cuti Hari Malaysia. Kami mengambil kesempatan beraya ke rumah besan di Shah Alam. Perut sudah kenyang, tetapi masih dijamu dengan pelbagai juadah.
Besan saya En Abu Bakar rancak berbual melayan kami. Saya mendengar sambil melayan cucu. Isteri saya pula memerhatikan.
Hidangan nasi impit dan mi sup sungguh menyelerakan.
Saya makan cempedak goreng sampai lima biji.
-----------------------------------------------------------------------------------
KE RUMAH CIKGU OMAR HJ SUJAK
Lepas itu ke rumah Cikgu Omar Hj Sujak Guru Besar SKPK Jalan Peel.