Selasa, 30 Ogos 2011

HARI INI HARI RAYA

Semalam semua anak dan cucu, kecuali Uda telah berkumpul di rumah.  Uda beraya di mertuanya di Shah Alam.  Katanya hari raya ke-2 akan pulang ke Johor.

Lebih-kurang jam 10 malam Hed dari Jerantut dan anak angkatnya Baharin sampai.  Tahun ini Hed beraya di Johor tanpa kehadiran anak-anak dan isterinya.  Rindu dengan adik-beradik, katanya. Dia pun tidak berapa sihat sejak akhir-akhir ini.

MALAM RAYA
melayan Iman pakai kasut

mencuba kasut Iman...hahaha (bergurau dengan cucu)
persiapan terakhir - memasang lampu lap-lip ditaja oleh Fitri
PAGI RAYA
dua beradik nak ke masjid - solat subuh
juadah pagi raya
adegan biasa di pagi raya
bergambar ramai bersama Hed, Bahrin, tanpa Kak Ngah
kak Ngah beraya di Shah Alam pada tahun ini
anak-anak lelaki saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan