Selasa, 30 Ogos 2011

TETAMU PERTAMA

Anak-anak saudara saya datang. Masing-masing dengan keluarganya. Saya sendiri tidak mengira jumlahnya. 
ini pun ada yang tak masuk dalam gambar
 Mereka dari satu emak dan bapa yang sama (abang saya). Bila masuk sahaja ke dalam rumah, saya pun sebut: ' Apa lagi marhabanlah'
Lalu semua bangun dan bermarhaban diketuai oleh Mohd Hanafi (Ustaz MRSM Muar). Dia juga bertindak sebagai pembaca doa.

bermarhaban
doa dibaca
Saya seperti hendak mengalir air mata, melihat anak-anak saudara saya yang kesemuanya berjaya dalam kerjaya masing-masing.
Jam 12.30 tengahari, TV AlHijrah menayangkan 'Ayat Riwayat' siri akhir. Maka hebohlah semua sebab salah seorang anak saudara saya bertindak sebagai Penolong Penerbitnya.
Ayat Riwayat siri terakhir
Hanafiah bin Hamsan, Penolong Penerbit 'Ayat Riwayat'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan